Saturday, July 31, 2010

Sabarlah Mengerjakan Solat

Saya kurang berpuas hati dengan gelagat pelajar yang sukar untuk mengerjakan solat zuhor berjamaah di surau. Setiap hari perlu diarahkan untuk mengambil wuduk, memenuhi saf dan menyegerakan solat. Walaupun imam sudah mengangkat takbir, kenapa pelajar masih bersembang dan bergurau.

Dalam satu cerita yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Asakair & Ibn al- Qayyim bahawa pada suatu hari seorang lelaki soleh telah ditahan oleh perompak dalam satu perjalanan. Beliau ingin dibunuh oleh perompak tersebut. Kemudian beliau meminta untuk solat 2 rekaat sebelum dibunuh. Selepas solat beliau teringat doa yang diajar oleh Allah dalam surah al-Naml ayat 62 yang bermaksud
"atau siapakah yang memeperkenankan (doa) orang yang sedang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya". Dibacanya sebanyak 3 kali, maka turunlah Malaikat yang membawa pedang lalu dengan pedang itu dia membunuh perompak tersebut. Begitulah hikmatnya apabila kita sabar menunaikan solat.

Perintah menunaikan solat ini supaya kita melakukannya dengan sabar dan sentiasa tekun bersabar. Kenapa diarahkan bersabar? Kerana Solat itu berkaitan dengan rezeki kita. Rezeki bukan sahaja berbentuk kewangan, bahkan kesihatan yang kita rasai, kebahagian yang kita nikmati, kedudukan yang kita alami dan ilmu yang kita kuasai adalah bertitik tolak dari solat yang kita kerjakan.

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Al- Tirmizi "Berfirman Allah Taala, Wahai anak adam! Tumpukan seluruh ibadatmu kepadaKu, nescaya Aku penuhi hatimu dengan kekayaan dan Aku jauhkan kemiskinan darimu. Dan jika seandainya kamu tidak melakukan yang demikian itu, maka nescaya akan Aku penuhi hatimu dengan pelbagai kesibukan duniawi dan Aku membiarkan kemiskinan menghampiri kamu"

Sama- samalah kita renungkan.

(Hasil bacaan Berita Minggu/ Ahad 1 Ogos 2010)

Tuesday, July 20, 2010

Senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi

A. Sekolah Berasrama Penuh (10 buah)

1. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
2. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban.
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar.
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra.
6. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar.
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh

B. Sekolah Menengah Harian

11. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, petaling Jaya
12. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
13. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Star
14. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George, Pulau Pinang

C. Sekolah Rendah

15. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
16. Sekolah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bharu
17. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
18. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
19. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
20. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru uda 2, Johar Bahr

Ciri- ciri Sekolah Berprestasi Tinggi (SPT)

Sekolah Berprestasi Tinggi diwujudkan bagi mendukung sistem pendidikan negara ke arah merealisasikan misi dan visi pendidikan. Diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin pada 25 Januari 2010 : 20 buah sekolah berprestasi tinggi. Ciri- ciri Sekolah Berprestasi Tinggi ialah:

1. Kepimpinan Pengetua yang Dinamik dan Berkesan
- Pengetua perlu mempunyai misi dan visi bagi merencanakan hala tuju pencapaian sekolahnya.
- Menetapkan matlamat prestasi yang realistik
- Memantau pelaksanaan sistem yang dirangka
- Berketerampilan dalam mentadbir sekolahnya- berkebolehan menganalisis masalah sekolah.
- Pemantauan, pencerapan dan penyeliaan proses P&P
- Penampilan diri yang berhemah, keyakinan diri yang tinggi serta fizikal dan mental yang sihat.
-

2. Guru sebagai Agen Perubahan
- Menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai program yang diadakan.
- Mempunyai tahap profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pemelajaran yang tinggi.
- berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara.
- berperanan membentuk akhlak serta jati diri anak didik
- Mempunyai kelebihan ilmu psikologi kanak2
- mempunyai keterampilan interpersonal.
- berupaya melahirkan pelajar yang bijak intelek dan bukan bijak akademik semata- mata

3. Sokongan Ibu bapa

- perlu ambil kesempatan untuk belajar ilmu moden bersama anak- anak.
- menggalakan anak- anak ke sekolah

4. Pelajar yang Berdisiplin, Bijak, Intelek dan Komited
- menghindari perasaan rendah diri
- Bersedia untuk memperolehi kecemerlangan diri, bijak intelek dan bijak akademik.
- Penampilan sahsiah diri yang baik melalui pakaian yang kemas, rambut yang kemas dan pendek, tingkah laku yang sopan, baik tutur kata, rekod kehadiran yang cemerlang.

Penggunaan Pusat Sumber

Terima kasih kepada semua pelajar yang menggunakan perpustakaan sekolah dengan baik. Jika kita semua sama- sama bertanggungjawab menjaganya, sudah pasti perpustakaan kita akan lebih ceria pada masa yang akan datang.

Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir pelajar yang tidak bertanggungjawab semasa menggunakan perpustakaan. Selain daripada berbual- bual kosong, mereka selalu merosakkan buku- buku dengan cara menconteng dan mengoyakkan buku. Sikap ini perlu diubah agar ia tidak menjadi tabiat sampai kita dewasa.

Sunday, July 11, 2010

Datanglah ke perpustakaan

PSS menerima 2 kotak buku daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku- buku tersebut sedang diproses. Seminggu akan datang pelajar boleh melihatnya di Rak Pameran Buku Baru. Selepas seminggu dipamirkan, baru buku itu diberi pinjam