Sunday, August 1, 2010

Belajar Sepanjang Hayat

Hari ini saya sempat membaca sebuah buku yang dikarang oleh Dr. Muhd Mansur Abdullah bertajuk Belajar Sepanjang Hayat.

Satu topik yang saya ingin ketengahkan di sini ialah Belajar Jangan di Paksa- paksa yang terdapat dalam Bab 1, muka surat 13.

Pengarang berpendapat belajar di sekolah ialah belajar secara formal. Kita perlu mengikut disiplin yang telah ditetapkan. Wujud paksaan di sini sedangkan kita secara hakikatnya tidak suka pada paksaan. Pelajar yang dipaksa- paksa akan menentang dan serik untuk belajar. Sebaliknya jika dipujuk, dibimbing dan diberitahu kebaikan serta kelebihan belajar itu dengan cara yang halus dan menarik, InsyaAllah anda tentu suka terhadapnya.

Kesungguhan untuk belajar itu akan timbul dan tumbuh kalau kita dirangsang dan tercabar. Cabaran- cabaran itu tadi adalah di antara yang membuatkan kita bertindak. Kita tidak mahu kalah, kurang atau lemah daripada orang lain itulah sebenarnya yang mencabar kita untuk belajar bersungguh- sungguh dan bukannya paksaan

No comments:

Post a Comment